Taklimat Penubuhan Askar Wataniah Dalam Kalangan Staf UUM


Pada pg tadi berlangsung satu majlis Taklimat Penubuhan Askar Wataniah Dalam Kalangan Staf UUM..taklimat ini disampaikan oleh Lt Kol Hj Mohd Noor b. Hasnaanim dari Markas Rejimen 513 Kem Bukit Pinang, Alor Star, Kedah. Majlis ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.. Sesi pagi dihadiri oleh staf-staf sokongan dan penyelia-penyelia DPP.. Disesi petang pula dihadiri oleh pegawai-pegawai UUM serta pensyarah-pensyarah..

Majlis ini diadakn bagi mewujudkan kembali Rejimen 513 di UUM sepertimana yang pernah wujud ketika dibawah kepimpinan Allahyarham Brig Jen Prof Dato' Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri. Dalam majlis ini, para hadirin akan diberi taklimat mengenai latar belakang RAW serta insentif-insentif yang bakal diperolehi apabila mereka menyertai askar wataniah.. Turut hadir dalam majlis ini adalah Lt Kol Hj Roslan b. Hj Hussin, Ketua Jurulatih PALAPES UUM serta Mej. (K) Hj Shahrin b. Hj. Ahmad, Pengetua DPP Perwaja.

Selepas habis taklimat, hadirin yang berminat untuk menyertai askar wataniah diberi peluang untuk mengisi borang pemohonan. Sambutan yg mengalakkan dikalangan hadirin mengambarkan sikap patriotik dan semangat cintakan negara. Pasukan askar wataniah merupakan benteng kedua didalam pertahanan negara kita ini.

Majlis yang dilaksanakan ini merupakan hasil gandingan bahu ketiga-tiga cabang perkhidmatan PALAPES.. walaupun majlis ini merupakan sebahagian daripada cabang perkhidmatan darat, komitmen yang diberikan daripada pegawai kadet laut dan udara harus dipuji.. hasil kerjasama antara kita didalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai.. walaupun terdapat sedikit masalah diawal perjalanan majlis ini, tetapi segala maslah itu dapat diatasi.. tidak lupa seribu penghargaan kepada juruteknik yang sudi meluangkan masa mereka bagi mambantu kami menjayakan majlis ini.. kepada junior yang dibawah biro logistik, disini aku nk ucapkan ribuan terima kasih kepada korang kerana memberi kerjasama kepada aku untuk menyiapkan dewan.. terima kasih juga kepada ajk-ajk lain yang turut membantu aku dibahagia logistik.. kerjasama anda semua amatlah dihargai.. ini lah kali pertama aku jadi ketua bahagian logistik.. tanpa ada semua mesti aku tak boleh selesaikan semua.. ribuan terima kasih kepada semau.. anda semua memang terbaik..

No comments: