Showing posts with label Alumni Pei Hwa. Show all posts
Showing posts with label Alumni Pei Hwa. Show all posts

Iftar Alumnai Pei Hwa 2012


Alumni Pei Hwa 2001-2005

Baru balik dari Majlis Iftar Alumni SMJK Pei Hwa 2012. Alhamdulillah program yg AJK alumni rancangkan berjalan dengan jayanya. Cuma tahun ini takde bekas-bekas guru Pei Hwa yang pernah mengajar kami hadir dalam majlis ini atas sebab yang tak dapat dielakkan. 

Tahun ni kami mengadakan aktiviti menziarahi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Parit Bunga. Sedikit sumbangan disampaikan oleh pengerusi alumni kami, saudara Mohd Ridzuan bin Saderi. 

Majlis diteruskan dengan aktiviti utama kami iaitu majlis iftar di Tawar Farm and Plantation. Sedikit ucapan diberikan oleh pengerusi program kali ini, saudara Azfar bin Idrus kemudian disusuli oleh ucapan pengerusi alumni. Seterusnya penyampaian hadiah bagi 3 cabutan bertuah sebelum menunggu waktu berbuka. 

Kurma, ais krim dan air honeydew menjadi santapa berbuka sebelum kami solat berjemaah. Solat magrib berjemaah kami di imamkan oleh saudara Syukur bin Ibrahim. Selepas solat barulah kami menikmati juadah seperti nasi hujan panas, siput sedut, ayam goreng, dan lain-lain juadah yang telah disediakan oleh AJK program.

Acara diteruskan dengan upacara cabutan bertuah yang disampaikan oleh mereka-mereka yang memberi sumbangan untuk program kali ini. Sekalung terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Diharapkan pada tahun ini kita boleh menganjurkan banyak lagi aktiviti alumni. 

Alumni Pei Hwa Batch 2001-2005

Tgh aku belek2 entri2 lama aku..bru aku perasa rupenye aku xde cite pon psl alumni bdk2 skolah aku..sebenarnye dh lama aku nk tulis cume bile dh kt rumah, aku lg suke keluar dr duduk dpn lappy..ok, nk start cite...lps abis skolah, ada antara kiteorg lost contact..atas rse nk rapatkn hubungan antara kami semula, beberapa org antara kami memulakan langkah menjejaki semula seberapa ramai bekas2 student SMPH..dgn penubuhan group SMJK Pei Hwa Batch 2001-2005 di FB..kami semua mula mengumpul semua rakan2 dari seluruh pelusuk tanah air..

Pada 28 Ogos 2011, selepas beberapa perbincangan dan persetujuan semua ahli dlm group tu, 1 majlis pertemuan diaturkan..mmg meriah sb ada diantara kami xpernah bertemu dkt 5 tahun..bayangkn lps abis SPM, ni la kali pertama kami semua berkumpul..skolah aku ni minoriti melayu..so mmg klu kumpul semua kelas pun xde la ramai mne..tp disebabkn hubungan antara kiteorg ni amat rapat..kami semua saling kenal walaupun berlainan kelas..dlm majlis ni, kiteorg dh tubuhkn jawatankuasa utk uruskn semua aktiviti alumni..2 org bekas kauselor skolah kami telah dilantik sbg penasihat alumni kiteorg..ari tu pun aku ngok kt group dh ada beberapa event dieorg dh rancang..cume lom ada persetujuan sb masing2 ada urusan..harapan aku agar alumni ni kekal smpi bile dan berfungsi bkn saja sbg tmpt kami berkumpul ttp memberi manfaat dan dijadikan platform utk kiteorg membantu antara 1 sama lain..pape pun aku nk ucapkn taniah kt semua yg dh jayakn majlis ari tu..korg mmg terbaik..

ANTARA AHLI ALUMNI YANG HADIR

ANTARA MEMBER KELAS AKU DLU

SELEPAS SELESAI MAJLIS

HIDANGAN TERSEDIA, TUNGGU MASA UTK DIRASA

ANTARA TENAGA PENGERAK ALUMNI

ANTARA CIKGU YG HADIR

PUAN SARIAH DAN ANAK2

HANGAT BERSEMBANG SETELAH LAMA TAK BERJUMPA

ANDA MMG SEMPOI