Iftar Alumnai Pei Hwa 2012


Alumni Pei Hwa 2001-2005

Baru balik dari Majlis Iftar Alumni SMJK Pei Hwa 2012. Alhamdulillah program yg AJK alumni rancangkan berjalan dengan jayanya. Cuma tahun ini takde bekas-bekas guru Pei Hwa yang pernah mengajar kami hadir dalam majlis ini atas sebab yang tak dapat dielakkan. 

Tahun ni kami mengadakan aktiviti menziarahi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Parit Bunga. Sedikit sumbangan disampaikan oleh pengerusi alumni kami, saudara Mohd Ridzuan bin Saderi. 

Majlis diteruskan dengan aktiviti utama kami iaitu majlis iftar di Tawar Farm and Plantation. Sedikit ucapan diberikan oleh pengerusi program kali ini, saudara Azfar bin Idrus kemudian disusuli oleh ucapan pengerusi alumni. Seterusnya penyampaian hadiah bagi 3 cabutan bertuah sebelum menunggu waktu berbuka. 

Kurma, ais krim dan air honeydew menjadi santapa berbuka sebelum kami solat berjemaah. Solat magrib berjemaah kami di imamkan oleh saudara Syukur bin Ibrahim. Selepas solat barulah kami menikmati juadah seperti nasi hujan panas, siput sedut, ayam goreng, dan lain-lain juadah yang telah disediakan oleh AJK program.

Acara diteruskan dengan upacara cabutan bertuah yang disampaikan oleh mereka-mereka yang memberi sumbangan untuk program kali ini. Sekalung terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Diharapkan pada tahun ini kita boleh menganjurkan banyak lagi aktiviti alumni. 

No comments: