1st Entri 2013

Rasanya macam dah terlewat je aku nk ucapkan selamat tahun baru kat semua kawan-kawan aku kat blog ni. Tapi apa aku kesah ni blog aku, suka hati aku la nk tulis ape pun. Hehehe. Jangan marah v(^_^)v.

Tahun 2012 telah jauh meninggalkan kita. Betul kata Imam Al-Ghazali, pekara paling jauh dari kita kat dunia ni adalah masa lalu. Xmungkin kita akan kembali ke masa lalu kn. Xmungkin manusia boleh kembali ke zaman lalu macam dalam cerita Back To The Future tu. Tu cuma angan-angan manusia sahaja. Pada hakikatnya kita semua akan menemui masa hari esok dan seterusnya. 

2012 banyak meninggalkan kenangan didalam hidup aku. Terlalu banyak pekara yang berlaku dalam tahun ni. Ada yang aku kongsikan bersama kat sini, ada jugak aku simpan sebagai kenangan peribadi aku. Xkan aku nk kongsi semua dengan korang. Hehehe.

Sepanjang tahun 2012, kalau aku ada terbuat korang terasa, tersakit hati korang, termaki korang, terngumpat korang ke, tergosip korang ke, aku minta ampun mintak maaf. Aku manusia biasa, selalu melakukan salah dan silap. 

2013 dah pun muncul dengan harapan dan impian baru. Banyak azam dan matlamat aku pada tahun ni. Yang tahun 2012 aku tak sempat nk capai aku bawa ke tahun ni. Hehe. Biasa la aku bukan robot yang dah diprogramkan untuk siapkan semua benda macam apa yang dah dirancang. Aku harap pada tahun ni aku akan ubah sikap aku. Aku nak jadi lebih matang. Aku tak mahu lagi ulangi semua kesilapan yang aku buat sebelum ni. 

Iftar Alumnai Pei Hwa 2012


Alumni Pei Hwa 2001-2005

Baru balik dari Majlis Iftar Alumni SMJK Pei Hwa 2012. Alhamdulillah program yg AJK alumni rancangkan berjalan dengan jayanya. Cuma tahun ini takde bekas-bekas guru Pei Hwa yang pernah mengajar kami hadir dalam majlis ini atas sebab yang tak dapat dielakkan. 

Tahun ni kami mengadakan aktiviti menziarahi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Parit Bunga. Sedikit sumbangan disampaikan oleh pengerusi alumni kami, saudara Mohd Ridzuan bin Saderi. 

Majlis diteruskan dengan aktiviti utama kami iaitu majlis iftar di Tawar Farm and Plantation. Sedikit ucapan diberikan oleh pengerusi program kali ini, saudara Azfar bin Idrus kemudian disusuli oleh ucapan pengerusi alumni. Seterusnya penyampaian hadiah bagi 3 cabutan bertuah sebelum menunggu waktu berbuka. 

Kurma, ais krim dan air honeydew menjadi santapa berbuka sebelum kami solat berjemaah. Solat magrib berjemaah kami di imamkan oleh saudara Syukur bin Ibrahim. Selepas solat barulah kami menikmati juadah seperti nasi hujan panas, siput sedut, ayam goreng, dan lain-lain juadah yang telah disediakan oleh AJK program.

Acara diteruskan dengan upacara cabutan bertuah yang disampaikan oleh mereka-mereka yang memberi sumbangan untuk program kali ini. Sekalung terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Diharapkan pada tahun ini kita boleh menganjurkan banyak lagi aktiviti alumni.