Siapa Aku

Salam perkenalan dari aku untuk kamu-kamu semua yang sudi singgah di blog mengarut aku ni. Nama aku zamri. Dilahirkan di Hospital Muar, Johor aku merupakan anak pertama dari 5 beradik. Aku dibesarkan di di daerah ini dan keluarga aku masih menetap disini. 

Memulakan alam persekolahan di tahun 1 sehingga tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Abdullah kemudian aku meneruskan persekolahan diperingkat menengah di Sekolah Menengah J/K Pei Hwa sehingga tamat SPM. Setelah menamatkan zaman persekolahan aku ditawarkan meneruskan pengajian aku diperingkat sijil matrikulasi di Kolej Matrikulasi Johor sebelum menyambung pengajian diperingkat degree di Universiti Utara Malaysia. 

Semasa didalam pengajian diperingkat degree, aku menyertai PALAPES dalam perkhidmatan Tentera Darat. pada 17 Julai 2012 aku telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda didalam pasukan simpanan sukarela ATM. Selepas ditauliahkan aku meneruskan perkhidmatan sebagai Pegawai Muda didalam Askar Wataniah di PALAPES UUM. Insyaallah selepas habis pengajian di UUM, aku akan melapor kem askar wataniah ditempat asal aku di Johor.

Entri pertama aku bertajuk PALAPES DARAT UUM INTAKE 26 bertarikh 5 Ogos 2010. Terima kasih kepada kamu-kamu semua yang sentiasa melawat dan membaca entri-entri yang aku post di blog aku yang tak seberapa ni. PEACE 

No comments: