Baksis Kampung Tualang

Skrg ni aku bru je balik dari kampung tualang. Aku g baksis ni bawah kelolaan PALAPES UUM. Baksis ni diadakan masa aku dalam latihan lanjutan. 2 hari terakhir aku dalam latihan lanjutan kiteorg g ke kampung tualang ni yg mana merupakan kampung ketua jurulatih (CI) kiteorg. 

Kebetulan kiteorg dtg utk majlis perkahwinan anak CI, utk menambah pengisian kami disini, pihak penduduk kampung mengadakan pelbagai program bersama antara PALAPES UUM bersama masyarakat kampung tualang.

Hari pertama kami ada sukaneka bersama penduduk kampung. Malam pula ada ceramah di masjid di kampung tersebut. Keesokkan hari pula kami adakan gotong-royong di masjid dan juga di SK Tualang. Kumpulan aku ditugaskan menanam pokok herba di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak SK Tualang. Sebahagian dari kami pula membantu pihak sekolah menjalankan program motivasi kepada murid-murid di sekolah tersebut.

Petang pula kami menghadiri majlis perkahwinan di rumah CI. Selesai majlis kami membantu mengemas barang-barang dan kembali ke UUM. Esok hendak menyiapkan segala persiapan buat kali terakhir sebelum bermulanya latihan pentauliahan kami. 

No comments: