Sajak Untuk Orang Johor

Selama mse aku tengah layan FB, aku tertarik pada 1 artikel yang dipostkn oleh admin page Persatuan Bangsa Johor. Dalam artikel tu menyebutkn tentang sifat dan kelakuan orang-orang johor. Sebagai anak jati johor yang 100% berdarah anak johor, aku akui segala yang dicatatkn didalam sajak nukilan sasterawan negara Dato' Usman Awang. Dato' Usman Awang merupakan anak jati johor yg berasal dari Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Berikut adalah sajak yang dinukil oleh beliau yang perlihatkan perwatakan dan sifat orang jati negeri johor :

kurang ajarnya tetap santun,
lembutnya cukup jantan,
dajalnya masih selamba,
nakalnya bersulam jenaka,
menikam dengan pantun,
manyanggah dengan senyuman,
marahnya dalam tertawa,
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak.

Tidak dinafikan segala apa yang dinukilkan oleh Dato' Usman Awang ini ada betulnya. Aku yang dilahir dan dibesarkan di johor mengakui ini memang sebahaian dari sifat yang ada dalam diri anak johor. Dekat 4 tahun aku tinggal aku menuntut ilmu di negeri orang. Memang tidak sama rasanya perlakuan orang disini dengan kita orang johor. Bila aku jumpa orang johor yang berada disekitar UUM ni, aku dapat rasa perbezaan bergaul dengan rakan-rakan dari negeri lain. Bukan bersikap kenegerian, cuma bila kita guna gaya johor kita dengan orang dari negeri lain, mereka merasa kelainan. Mungkin tutur kata kita sebagai anak johor atau cara kita bergurau dan berjenaka.

Sebagai anak johor aku bangga sebab kita ada identiti kita sendiri. Kita ada lagak kita sendiri. Bila berjumpa dengan rakan-rakan yang berasal dari negeri johor, aku rasa tak ada rasa janggal bile bergaul dengan mereka walaupun baru berkenalan. Apa pun aku bangga sebab aku anak johor. =)


sumber : Persatuan Bangsa Johor (PBJ)

6 comments:

Ernee Azmn said...

berbesr hati sy jd ank johor..heheh ^_^

Zamri said...

btol3..hehehe.. :)

call me nana said...

salam, boleh tau pakai music pe ea? tq

Ewan Wan said...

Sokong

Ewan Wan said...

Sokong

Anonymous said...

Alhamdulillah...